About Us

Siapakah kami?

 

Selamat datang ke website rasmi Sharifah Trading. Sharifah Trading merupakan sebuah stesen yang menjual pelbagai jenis produk kesihatan dan kecantikan yang terletak di Kuching Sarawak. Kami amat dikenali ramai oleh kerana keunikan penjualan konsep islam yang diterapkan sejak awal pembukaan lagi. Seperti yang kita maklum, Sarawak ialah negeri yang mempunyai pelbagai etnik dan agama. begitu juga Sharifah Trading, kami menjadi pilihan hati "customer" yang berbilang bangsa dan agama. Tanpa sedar, kami menyatukan sebuah komuniti di bawah 1 bumbung Sharifah Trading. Menarikkan?

 

 

 

Dari sebuah kedai runcit yang hanya menjual majalah,alatan tulis, tudung dan bermacam macam lagi yang ditubuhkan pada 1980-an  dan kini  telah ditranformasi ke sebuah stesen kesihatan dan kecantikan yang menjadi yang menyatukan hampir 5,000 produk dari pelbagai jenama dan keluaran di bawah 1 bumbung SHARIFAH TRADING.

Kami memudahkan customers untuk memilih & membeli produk yang mereka inginkan untuk penjagaan  dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Bukan sahaja luaran. Aspek dalaman juga penting yer..

 

KAMI KISAH

 

Tidak seperti perniagaan diluar sana yang hanya mementingkan keuntungan pendapatan daripada kesihatan dan kualiti produk mereka telah jual.

 

Kami di Sharifah Trading menitikberatkan akan keaslian produk yang kami jual sebelum ke tangan customer kami. Kami mengkaji  latarbelakang sesebuah syarikat dan produk sebelum dijual.

 

ia seiring dengan slogan kami,

 

"KEASLIAN TERJAMIN"

Kami akan pastikan keaslian produk kami sebelum dijual kepada anda.

Produk yang dijual oleh Sharifah Trading kesemuanya mendapat/mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM)

 

 

ALHAMDULILAH,

SYUKUR KE HADRAT ILAHI,

Kami telah membuka Cawangan Sharifah Trading di Kuching, Petrajaya dan Kota samarahan.

 

 

 

 

 

 

www.SharifahOnline.my

SharifahOnline akan memudahkan untuk penduduk yang tinggal jauh dari outlet kami untuk dapatkan produk kesihatan mereka.